JOHOR BAHRU – Seramai 11 penghuni lima buah rumah di Jalan Sekolah Agama, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang di sini tinggal sehelai pinggang apabila kediaman mereka hangus dijilat api dalam kejadian malam tadi. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Yaakob Mariman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 7.55 malam dan menghantar dua jentera bersama 18 anggota ke lokasi. Menurutnya, ketika bomba tiba di tempat kejadian, api sedang marak di deretan empat buah…










