ALOR SETAR – Seorang lelaki tergamak melarikan diri meninggalkan kekasihnya dalam keadaan terpinga-pinga selepas rumah wanita itu diserbu penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Selengkoh, Yan dekat sini semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu, pasangan kekasih tersebut didapati sedang leka menghisap dadah jenis syabu. Ketua AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu bertindak melarikan diri melalui pintu belakang rumah manakala teman wanitanya…