ALOR SETAR – Orang ramai yang sedang berurusan di sebuah bank di Pekan Jitra gempar seketika apabila seorang lelaki yang sedang menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pada pagi ini. Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamarulzamal Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.22 pagi sebelum tiba di tempat kejadian empat minit kemudian. “Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia…