TELUK INTAN – Seorang lelaki memiliki dua laras senapang patah buatan sendiri ditahan polis di sebuah bangsal bersebelahan rumahnya di Kampung Sungai Suli Dalam, Sungai Tungku dekat sini Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, suspek berusia awal 40-an itu ditahan pada pukul 1 tengah hari itu selepas pihak polis melakukan risikan terhadap suspek. “Suspek yang bekerja sebagai buruh itu cuba melarikan diri,…










