ALOR SETAR 30 Ogos – Sedar akan kesilapan dilakukan mengundang kepayahan kepada orang lain, seorang lelaki akhirnya memohon maaf di atas ketelanjuran ‘mengamuk’ di bilik bersalin Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, baru-baru ini. Lelaki berusia 23 tahun yang enggan identitinya didedahkan mendakwa, apa yang berlaku berpunca dari kecelaruan mindanya setelah melihat isteri berusia 24 tahun menanggung kesakitan melalui proses bersalin. “Saya akui pihak HSB memberi perkhidmatan yang baik namun…









