KUALA LUMPUR 22 Ogos – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami penyakit mental maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium di Jalan Kepong, di sini hari ini. Mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian kira-kira pukul 8 pagi. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa dan ibunya menetap di Desa Rejang namun datang menginap di rumah kedua mereka itu semalam atas ajakan mangsa…