KUALA LUMPUR 4 Ogos – Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaikinya terbabas dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Subang dari arah Sungai Buloh di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Ismail Ibrahim, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dibahagian kepala.
Menurut jurucakap polis, kejadian tersebut turut melibatkan dua lagi kenderaan lain.
Berita berkaitan:
“Sehubungan itu, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











