Lelaki maut ketika selamatkan diri dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Lelaki maut ketika selamatkan diri dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat satu rumahnya di Jalan SG 2/5, Taman Sri Gombak di sini ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumahnya terbakar awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, dalam kejadian itu, seorang wanita yang juga isteri serta anak lelaki mangsa mengalami kecederaan ringan.

“Isteri mangsa berjaya disambut oleh anak lelakinya dari rumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah ibu bapanya.

“Mangsa, Ahmad Zabidi Abdul Rashid, 67, terjatuh dari tingkat dua ketika cuba pergi ke arah anaknya yang berada di rumah sebelah, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rizal menambah, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 2.20 pagi.

“Seramai 21 anggota bomba beserta dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang serta dibantu oleh Kepong, Gombak dan Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian untuk.

“Rumah tersebut telah terbakar sebanyak 70 peratus dan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN