Lelaki maut digilis treler 16 tan - Utusan Malaysia

Lelaki maut digilis treler 16 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 58 tahun maut setelah digilis sebuah treler seberat 16 tan dalam satu kemalangan di susur keluar selepas Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2.05 petang itu, mangsa, Ong Kim Hong, 58, sedang menunggang motosikal seorang diri di lorong kiri jalan.

“Sebaik tiba di kawasan kejadian yang mempunyai dua lorong motosikal mangsa telah bergesel dengan sebuah treler seberat 16 tan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang berasal dari Kepong itu kemudiannya digilis oleh treler tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah pada kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zulkefly, pemandu treler terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Setakat ini belum ada saksi yang tampil memberikan kenyataan dan kawasan tersebut juga tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV).

“Siasatan berhubung kejadian kini masih berjalan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini