PARIT 20 Ogos – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencabul lima wanita dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini sejak dua minggu lalu. Suspek berumur 39 tahun yang merupakan seorang penganggur ditahan di sebuah rumah di Kampung Gajah di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut. Katanya, siasatan mendapati modus operandi suspek ialah dengan menghampiri mangsa menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum meraba payudara mangsa. “Lima wanita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya