JAKARTA – Angka korban gempa bumi kuat di Pulau Lombok, Indonesia melepasi 400 orang, kata pihak berkuasa semalam ketika lebih banyak mayat ditemui dari bawah runtuhan bangunan yang musnah. Gempa bumi cetek bermagnitud 6.9 itu melanda pada 5 Ogos lalu dan mengakibatkan puluhan ribu kediaman, masjid serta premis perniagaan di seluruh Lombok musnah, seminggu selepas satu lagi gempa kuat menggegarkan pulau itu serta meragut 17 nyawa. “Pasukan mencari dan menyelamat…










