MARANG 4 Ogos – Proses penyusunan dan pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini yang diberi penjenamaan semula sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah selesai, melibatkan lebih 1,000 institusi seumpama itu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim ketika mengesahkan perkara itu turut memberi jaminan, pelantikan kesemua MPKK itu dilakukan tanpa mengira fahaman politik sebaliknya mewakili segenap kelompok masyarakat. Beliau…










