JAKARTA 15 Ogos – Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) memulakan kempen Sukan Asia 2018 langkah kanan selepas menundukkan Kyrgystan 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, sebentar tadi. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti Safawi Rashid sebelum Ernist Batyrkanov menyamakan kedudukan pada minit ke-55. Enam minit berselang, Akhyar Rashid kembali meletakkan Malaysia kembali di hadapan…










