PEMAIN profesional negara, Liew Daren meninggalkan pentas Kejohanan Badminton Dunia 2018 dengan penuh bangga walaupun tersekat pada saingan separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Nanjing, China semalam. Pemain berusia 30 tahun itu gagal menyaingi kehebatan pemain Jepun, Kento Momota apabila ditunjukkan jalan keluar menerusi keputusan straight set 16-21, 5-21 hanya dalam tempoh 37 minit. Pada aksi suku akhir kelmarin, pemain No. 39 dunia itu mengalami sedikit kecederaan kerana terjatuh, namun…










