DULU selalu kita mendengar ramai yang mengatakan bahawa tidak berguna atau tidak bermakna wajah yang cantik atau tampan, kaya raya dan berpangkat, tetapi miskin dengan budi bahasa. Kalau tiada budi bahasa dan biadab, maka cacatlah semuanya. Orang tidak memandang kepada rupa dan harta semata-mata, yang lebih dipandang adalah budi bahasa. Betulkah, tidak memandang rupa dan harta? Sebab, sekarang ini ramai saja yang memandang atau memilih kedua-duanya. Memang, orang lebih cenderung…










