KUALA LUMPUR 7 Ogos – Ketika kempen Piala Malaysia masih berada di peringkat kumpulan, nampaknya sudah ada pasukan yang terpaksa beraksi tanpa ketua jurulatih apabila Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bertindak merehatkan Fabio Maciel berkuat kuasa semalam. Keputusan mengejut itu diketahui Maciel selepas mendapat surat rasmi daripada KLFA semalam yang mengatakan khidmatnya direhatkan daripada mengemudi skuad The City Boys untuk mengharungi kempen Piala Malaysia. “Pada awal musim ini saya…










