KUALA LUMPUR 29 Ogos – Satu pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran yang didakwa menyamar sebagai restoran mamak Islam yang menjual makanan halal. Dalam satu kenyataan, KPDNHEP Selangor memaklumkan serbuan dilakukan berikutan aduan yang tular di media sosial mendakwa pekerja restoran tersebut menyiang biawak di kedai tersebut selain mengantungkan gambar ayat suci al-Quran bagi mengaburkan mata pengunjung. Serbuan yang dilakukan bersama anggota…










