Kosmo! masuki usia 14 tahun - Utusan Malaysia

Kosmo! masuki usia 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 tetamu memeriahkan Majlis Kesyukuran dan Makan-makan Menjelang 14 Tahun Kosmo! yang berlangsung di ibu pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Suara Kontemporari (KSK) itu diadakan bagi meraikan semua petugas yang bertungkus lumus untuk meneruskan ke­sinambungan kegemilangan Kosmo! sehingga berjaya terus kekal menjadi akhbar berbahasa Me­layu nombor satu di negara ini.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir serta Ahli Lembaga Pe­ngarah Kumpulan Utusan iaitu Datuk Mohd. Azmi Othman, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Dr. Badrul Hisham Mohd. Yusoff dan Wan Zalizan Wan Jusoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Ketua Pe­ngarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak yang sedang cuti bersara; Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin dan bekas Pengarang Kosmo! pertama yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Hamzah Sidek dan bekas Pe­ngarang Kos­mo! kedua, Badrul Azhar Abd. Rahman.

Selain itu, Pengerusi KSK, Wan Hasnan Wan Hasan, pengarang-pengarang kanan Kosmo! dan Utusan Malaysia serta bekas-bekas kakitangan yang telah meninggalkan Kosmo! turut hadir meraikan majlis tersebut.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadi­ran beberapa artis ter­kenal yang turut membuat persembahan antaranya Amy Search, Siti Sarah, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Shiha Zikir dan kumpulan Sweet Sparkle selain Datuk Hattan dan Datuk DJ Dave yang turut hadir. Pelakon Karl Shafek menjadi pengacara majlis itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×