KUALA LUMPUR 14 Ogos – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan diskaun sehingga 80 peratus kepada syarikat yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016. Pemberian insentif itu bersempena kempen Patuh Akta Syarikat 2016, Ambil Berat, Sayangi Syarikat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, insentif bertemakan ‘Mulakan Pematuhan Akta Baharu dengan Sifar Kompaun’ itu berkuat kuasa pada 1 September hingga 31 Disember 2018.…










