JAKARTA 24 Ogos – Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan bagaikan sudah tidak sabar untuk memulakan larian pertamanya dalam Sukan Asia 2018 dengan misi utama ingin mengatasi catatan 10.18 saat (s) dalam perlumbaan 100 meter (m) di Stadium Utama Bung Karno esok. Khairul Hafiz yang memulakan sesi latihan hari ini dilihat amat bersemangat dan tidak gementar walaupun dikelilingi jaguh-jaguh pecut Asia yang turut berusaha menyesuaikan diri masing-masing dengan suasana…