KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ketua Polis Negeri dan pegawai kanan yang gagal menangani isu seperti judi dan rasuah di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ketika ini, beberapa pegawai kanan polis telah dikenalpasti dan ditukarkan serta merta sebelum dikenakan tindakan tatatertib. “Tindakan tatatertib terhadap mereka (pegawai kanan polis) bergantung kepada merit kesalahan yang dilakukan.…










