‘Ketiadaan UAE tidak mengubah apa-apa’ - Utusan Malaysia

‘Ketiadaan UAE tidak mengubah apa-apa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee tidak melihat ketiadaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan memberikan kelebihan kepada pasukan bimbingannya ketika bersaing dalam Kumpulan E Sukan Asia Indonesia 2018 pertengahan bulan ini.

Ini kerana, Kim Swee menganggap skuad negara masih berdepan cabaran sukar antaranya menentang juara bertahan, Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan.

Terdahulu, kedudukan Kumpulan E terpaksa dirombak selepas Iraq menarik diri daripada bertanding acara bola sepak di Sukan Asia Rabu lalu.

Ketiadaan Iraq telah membuka laluan undian semula dilakukan buat kali kedua yang mana UAE sebelum ini diundi bersama pasukan muda negara telah berpindah ke Kumpulan C.

Mengulas mengenai situasi tersebut, pengendali kelahiran Melaka itu tidak menganggap perjalanan anak-anak buahnya menjadi semakin licin selepas ketiadaan UAE dalam Kumpulan E.

“Cabaran masih besar buat Malaysia yang mana meskipun tiada kelibat UAE, kita masih perlu berdepan dengan Korea Selatan dan dua lagi pasukan iaitu Kyrgyzstan dan Bahrain.

“Jadi, kita tidak boleh mengambil mudah dalam setiap perlawanan yang akan diharungi pada temasya itu nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menyaksikan perubahan pasukan berlaku, Kim Swee yang akan pulang ke tanah air Selasa ini, tidak menolak kemungkinan mengintai satu lagi perlawanan persahabatan selepas menentang pasukan B-23 China hari ini.

Terdahulu, perancangan awal Kim Swee untuk menghadapi Sukan Asia terganggu apabila terpaksa membatalkan aksi persahabatan dengan skuad B-23 Arab Saudi yang sepatutnya berlangsung pada 9 Ogos gara-gara UAE diundi dalam Kumpulan E pada undian kedua 25 Julai lalu.

Ia susulan saingan kumpulan itu yang sebelum ini dihuni lima pasukan sejurus kehadiran UAE terpaksa dimulakan lebih awal iaitu pada 10 Ogos berbanding ja­dual asal yang sepatutnya berlangsung 14 Ogos ini.

“Saya masih lagi menunggu jadual rasmi perlawanan daripada penganjuran dan jika aksi pertama kita berlangsung pada 15 Ogos, berkemungkinan besar kita akan mengatur satu lagi aksi persahabatan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN