CALIFORNIA 29 Ogos – Sebuah kereta lumba Ferrari 250 GTO keluaran 1962 berjaya dilelong pada harga AS$48.4 juta (RM198.6 juta) dalam acara lelong di RM Sotheby di sini pada hujung minggu lalu. Mail Online melaporkan, nilai jualan tersebut direkodkan paling mahal setakat ini, mengalahkan rekod terdahulu iaitu berjumlah AS$38.1 juta (RM156.3 juta) dan melibatkan model kereta yang sama pada 2014. Selain itu, kereta Aston Martin DP215 Grand Competition Prototype keluaran…










