GUA MUSANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan mengadakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan wakil Orang Asli dalam masa terdekat sebelum mewartakan tanah adat seperti yang dihajatkan masyarakat peribumi itu. Timbalan Menterinya, R. Sivarasa berkata, kerajaan sememangnya mengiktiraf hak tanah adat Orang Asli sebagaimana dituntut kaum itu di pedalaman Kelantan sejak lapan tahun lalu. Katanya, bagaimanapun bagi mewartakan tanah adat itu perlu mengambil masa dan ada perbincangan terlebih dahulu…










