KUALA LUMPUR 18 Ogos – Kerajaan akan menggunakan pendekatan lembut untuk memastikan syarikat yang terlibat dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak bertindak melarikan diri daripada membayar cukai dan berlaku jujur dalam pelaksanaan cukai tersebut. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini adalah kerana kerajaan Malaysia baharu dibina atas kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan sebaliknya termasuk syarikat-syarikat yang diwajibkan untuk membayar cukai itu. “Untuk pendaftaran pengecualian SST kita biar mereka…










