KUALA LUMPUR 20 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan beliau untuk melaksanakan kerjasama di antara Proton dengan syarikat pengeluar kereta dari China, Geely adalah betul. Menurut Najib, keputusan yang dibuat setahun lalu telah menyelamatkan Proton daripada `gulung tikar’ dan sekaligus mengelakkan kira-kira 60,000 pekerja syarikat automobil negara itu daripada hilang pekerjaan. Beliau berkata, jika keputusan itu tidak diambil tiada lagi Proton untuk dibanggakan oleh…










