SHAH ALAM – Pas menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) memberikan laluan kepada parti itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mampu memperkasakan suara blok pembangkang di Selangor. Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman tersebut yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini. “Keputusan UMNO untuk memberi laluan kepada Pas dalam PRK DUN…










