INTEGRITI halal sesuatu produk memainkan peranan yang besar dalam menentukan kebolehpasarannya di negara yang memiliki jumlah pengguna Muslim yang ramai seperti Malaysia. MARINA Di Malaysia khususnya, integriti halal menerima perhatian yang mendalam dalam kalangan pengguna memandangkan ia merupakan satu tuntutan dalam agama, lebih-lebih lagi melibatkan industri seperti makanan. Ketua Latihan dan Perundingan DH Events Sdn. Bhd. (DH Events), Marina Muhamad berkata, terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan untuk mengekalkan integriti…










