KOTA KINABALU 22 Ogos – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam diseru menghayati dan mengenang kembali pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu dalam menjaga keamanan negara. Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Uda Sulai berkata, hanya dengan menghayati dan mengenang pejuang lampau barulah rakyat akan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi kini termasuklah di Sabah yang memiliki rakyat berbilang kaum. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, rakyat…










