MEKAH, Arab Saudi – Lebih dua juta umat Islam di seluruh dunia termasuk 30,200 jemaah Malaysia akan memulakan kemuncak ibadah haji di tanah suci Mekah, salah satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia. Mereka akan berkumpul di Padang Arafah dekat Mekah bermula hari ini bagi melakukan rukun utama haji iaitu berwukuf. Jemaah haji Malaysia mula bergerak secara berperingkat-peringkat sejak semalam untuk melaksanakan ibadat wukuf, bermabit dan melontar jamrah di Arafah, Muzdalifah…










