HULU LANGAT 5 Ogos – Kira-kira 300 penduduk setempat dan kawasan sekitar kini dapat melakukan aktiviti riadah dan program kemasyarakatan menerusi pembukaan gelanggang futsal baharu di Taman Lagenda Suria di sini. Pengerusi Gabungan Anak Muda Dusun Tua (GAMD), Affzanizam Ahmad berkata, pembinaan gelanggang itu adalah melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjumlah RM950,000 itu termasuk beberapa kemudahan sukan di Hulu Langat. “Daripada jumlah itu, sebanyak RM170,000 diperuntukan untuk…