Kementerian Luar sahkan kematian rakyat Malaysia di Kabul - Utusan Malaysia

Kementerian Luar sahkan kematian rakyat Malaysia di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Ogos – Kementerian Luar mengesahkan mengenai kematian seorang rakyat Malaysia di Kabul, Afghanistan selepas mangsa diculik bersama dua lagi rakyat asing di negara tersebut pada awal minggu ini.

Menurut Kementerian Luar, mangsa yang sebelum ini bekerja di negara tersebut disahkan maut oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi hari ini.

“Mayat mangsa telah ditemukan di Mussahi iaitu 33 kilometer dari selatan Kabul hari ini.

“Tiada mana-mana pihak telah mengaku bertanggungjawab ke atas insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Afghanistan bagi mendapatkan perkembangan lanjut dan menghantar semula jenazah ke tanah air. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN