Kementerian Kesihatan tidak cuba tutup isu gangguan seksual - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan tidak cuba tutup isu gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan ada cubaan untuk menutup isu gangguan seksual yang berlaku di hospital kerajaan sebaliknya mahu perkara tersebut ditangani secara baik.

Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jawatankuasa siasatan bebas yang ditubuhkan baru-baru ini perlu menyiasat isu tersebut dengan terperinci dan berhati-hati tanpa merumitkan keadaan dan memalukan mana-mana pihak.

Justeru, katanya, tidak timbul soal cubaan untuk menutup isu tersebut sebaliknya siasatan dibuat secara senyap demi kebaikan mangsa yang terlibat.

“Pihak kementerian perlu menyiasat perkara ini dengan berhati-hati supaya mangsa dapat membantu siasatan dalam keadaan yang lebih tenang.

“Mungkin tindakan kementerian sebelum ini ada menimbulkan persepsi tertentu, tetapi jangan bimbang, saya adalah Menteri Kesihatan, saya akan menyiasat mengenai perkara ini, kita akan cari jalan untuk menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa Malaysia (Misfit) 2018 di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN