LONDON 26 Ogos – Pengurus Arsenal, Unai Emery menafikan laporan dia bergaduh dengan Mesut Ozil selepas bintang Jerman itu tidak diturunkan ketika pasukannya mencatat kemenangan pertama musim ini di laman sendiri. Arsenal menewaskan West Ham 3-1 selepas kalah kepada Manchester City dan Chelsea sebelum ini namun kemenangan itu tidak membuatkan Emery dipuji sebaliknya terus dikaitkan dengan cerita negatif tentang dirinya. “Saya tidak faham, mungkin dalam bahasa Inggeris sukar untuk menjelaskannya.…










