LIPIS 10 Ogos – Seorang kelindan menghadapi detik mengerikan apabila kakinya putus selepas lori dinaikinya merempuh sebuah treler di Kilometer 85, Jalan Lipis-Merapoh di sini hari ini. Mangsa, Mohamad Asyraf Zakaria, 22, putus kaki kiri selepas tersepit di dalam lori yang remuk teruk akibat rempuhan kuat itu dalam kejadian pukul 6 pagi. Ketua Polis Daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakannya yang memandu lori berkenaan…









