LIPIS 10 Ogos – Seorang kelindan lori putus kaki kiri selepas lori yang dinaikinya merempuh belakang sebuah treler di kilometer 85 Jalan Lipis – Merapoh di sini hari ini. Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika mangsa dan seorang rakannya yang memandu lori dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur membawa muatan isi ayam. “Apabila sampai di tempat kejadian pemandu lori…










