KOTA BHARU 15 Ogos – Kajian awal mengenai kesan air kelapa muda kepada sperma tikus menunjukkan cecair itu berpotensi sebagai suplemen untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Pensyarah dari Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr Noor Hashida Hashim berkata, pihaknya mendapati tikus yang diberi air kelapa atau nama saintifiknya, Cocos nucifera L selama sebulan menunjukkan peningkatan dari sudut motiliti atau pergerakan, viabiliti (hidup mati) dan morfologi (bentuk) sperma haiwan berkenaan.…










