Kehadiran Tun M, Anwar di Sungai Kandis sebagai simbol solidariti - Utusan Malaysia

Kehadiran Tun M, Anwar di Sungai Kandis sebagai simbol solidariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Ogos – Kehadiran pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis membuktikan wujud semangat solidariti dan kerjasama erat antara semua parti pakatan itu. 

Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya bukan sekadar mengalu-alukan kehadiran pemimpin utama semata-mata, tetapi ingin melihat bukti sokongan rakyat kepada PH.

“Contohnya, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), saya dan jentera parti turut mempromosikan kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam program ce­ramah di Taman Sri Andalas. 

“Pada waktu itu, kami menjangkakan hanya 3,000 orang akan hadir namun ia dipenuhi kira-kira 12,000 orang yang mahu melihat dan mendengar suara Dr. Mahathir. Ini membuktikan bahawa kerjasama antara semua parti dalam PH amat baik dan disokong rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, calon Ba­risan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan ke­hadiran pemimpin utama PH termasuk Pengerusinya, Dr. Mahathir dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah memalukan diri sendiri.

Jelas Lokman, kehadiran me­reka memberi petanda positif kepada BN dalam menghadapi pilihan raya kecil itu dan beliau amat gembira dengan keputusan tersebut.

Pada masa sama, ditanya me­ngenai tindakannya yang disifatkan banyak pihak sebagai riak kerana terlalu yakin bakal mendapat majoriti besar undi, Mohd. Zawawi berkata, keyakinan itu adalah andaian berdasarkan sambutan ketika berkempen.

“Ini adalah persaingan kempen politik dan sesiapa boleh membuat jangkaan dan andaian masing-masing.

“Saya hanya membuat jangkaan dan pihak berkenaan juga boleh membuat jangkaan lebih besar jika mereka mahu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN