SHAH ALAM 13 Ogos – Menteri Besar, Amirudin Shari mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak berkaitan mengambil segala tindakan perlu agar penduduk di sekitar kilang ais di Desa Latania, Seksyen 36, di sini yang mengalami kebocoran gas ammonia tidak menerima kesan sampingan. Beliau menerusi kenyataan berkata, kerajaan negeri mengambil maklum serta memandang berat kejadian tersebut yang telah meragut dua nyawa dan 18 lagi sedang menerima rawatan di hospital. Pada masa yang sama, Amirudin mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang sedang bertungkus-lumus melakukan operasi menyelamat dan membersihkan gas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya