PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil perhatian serius mengenai bantahan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim. Mengulas mengenai mogok lapar tahanan SOSMA, beliau berkata, setiap pandangan yang dikemukakan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Khas Kajian Undang-Undang Berkaitan Keselamatan yang ditubuhkan bagi meneliti semula undang-undang berkaitan keselamatan menerusi KDN termasuk SOSMA. “Jawatankuasa khas ini telah bersidang dua kali dan seterusnya akan bersidang…










