KUALA LUMPUR – Ibu bapa perlu sentiasa mengawal pergerakan anak-anak dan memberi peringatan kepada mereka tentang aspek keselamatan jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini, kata Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata kemalangan maut membabitkan kanak-kanak termasuk kejadian semalam yang menyaksikan seorang budak lapan tahun maut selepas basikalnya berlanggar dengan sebuah lori sampah dapat dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Lee…










