ISTANBUL 21 Ogos – Penjaga gol Liverpool, Loris Karius yang melakukan dua kesilapan besar ketika beraksi di pentas final Liga Juara-Juara musim lalu dipinjamkan kepada kelab Turki, Besiktas dengan perjanjian selama dua tahun. Kontrak pinjaman tersebut bernilai 2 juta euro (RM9 juta) dan perjanjian tersebut sudah pun berada di fasa terakhir dan pengumuman secara rasmi akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Karius melakukan dua kesilapan besar yang mengakibatkan Liverpool tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam final kejohanan tersebut pada Mei lalu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya