ASTANA, Kazakhstan – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bakal menjalani pembedahan untuk membaiki struktur wajah gara-gara memiliki wajah kendur seperti orang tua. Yernar Alibekov disahkan menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai sindrom Ehlers-Danlos sebulan selepas dilahirkan. Penyakit itu menjejaskan tisu penghubung dan menyebabkan kecacatan pada kolagen protein sehingga mengakibatkan seluruh kulit badan menjadi kendur seperti orang tua. Ibunya, Zibensa Tulepbergenova berkata, anaknya bakal menjalani prosedur untuk menegangkan kulit, namun…










