GUA MUSANG –Masyarakat Orang Asli di Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini tidak gentar dengan tindakan sekumpulan kira-kira 50 lelaki yang meroboh halangan yang dibina mereka dipercayai didalangi oleh pihak pengusaha ladang durian Musang King. Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, mereka sebaliknya akan membina semula halangan tersebut bagi mengekang aktiviti pencerobohan di kawasan mereka. Katanya, halangan itu dibina sejak enam bulan lalu, namun telah dirobohkan oleh…










