KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kerajaan sedang mengkaji implikasi menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dalam menentukan sama ada pindaan akan dilakukan secara pengharaman penuh atau dengan pengecualian tertentu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kajian yang sedang dilaksanakan mengambil kira aspek perundangan dan sosial. “Sebagai contoh, sekiranya pengharaman penuh dikuatkuasakan dan terdapat kes kanak-kanak yang berkahwin, perkahwinan tersebut tidak…










