Kadar kenaikan gaji minimum dimuktamadkan Jumaat ini - Kulasegaran - Utusan Malaysia

Kadar kenaikan gaji minimum dimuktamadkan Jumaat ini – Kulasegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan dijangka memuktamadkan kadar kenaikan gaji minimum untuk peringkat awal pada mesyuarat kabinet Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran. 

Beliau berkata,  buat masa ini jumlahnya belum diputuskan namun kadarnya akan diseragamkan  antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

“Moga ada berita baik nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kerusi roda kepada 20 penerima di Kampung Tawas dan Kampung Kepayang di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, buat masa ini gaji minimum pekerja di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM800 dan RM920 manakala di Semenanjung pula RM1,000 sebulan.

Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata kenaikan kadar gaji minumum kepada RM1,500 itu akan dilaksana secara berperingkat dalam tempoh lima tahun agar tidak membebankan majikan.

“Kita bukan naikkan RM1,500 sekali gus. Jika kita lakukan sedemikian akan menyusahkan syarikat swasta kerana pendapatan mereka akan berkurangan sehingga menyebabkan perniagaan tidak boleh beroperasi,” katanya.

Penyeragaman gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun ini terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×