PUTRAJAYA 3 Ogos – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang bekerjasama rapat dengan syarikat Sodexo bagi memberi bantuan konsular sewajarnya berikutan kematian salah seorang pekerjanya yang merupakan rakyat Malaysia akibat diculik dan dibunuh di Kabul, Afghanistan, semalam. Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Luar, identiti mangsa warganegara Malaysia yang berusia 64 tahun berkenaan telah disahkan oleh pihak berkuasa Afghanistan. “Kementerian Luar ingin memaklumkan bahawa pihak berkuasa Afghanistan telah mengesahkan identiti…










