PUTRAJAYA – Jururawat memainkan peranan yang penting dalam mencegah ‘Healthcare Associated Infection’ (HCAI) atau jangkitan silang, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye. Pencegahan tersebut boleh dilakukan dengan memastikan semua aspek amalan kejururawatan adalah ‘evidence-based’ melalui penyelidikan kejururawatan serta pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga mereka, katanya. “Pencegahan dan kawalan infeksi juga merupakan komponen penting dalam penjagaan kejururawatan,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Kawalan Jangkitan Kejururawatan di sini, yang dihadiri kira-kira 400 jururawat awam dan swasta. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya