Jun Hoong sah tidak sertai Sukan Asia - Utusan Malaysia

Jun Hoong sah tidak sertai Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong sah tidak akan beraksi di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas mengalami kecederaan lutut kiri yang menyaksikan dia perlu berehat selama enam hingga sembilan bulan.

RATU Terjun Negara, Cheong Jun Hoong menunjukkan lutut kirinya yang mengalami kecederaan dan perlu berehat selama enam hingga sembilan bulan sekali gus menyaksikan dia terlepas aksi di Sukan Asia. – ROZAIDI ZULKIFLI

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Arsad Puji berkata Jun Hoong mengalami kecederaan lutut dan memerlukan enam hingga sembilan bulan untuk proses penyembuhan sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia perlu menjalani proses rehab selama enam hingga sembilan bulan selepas mengalami kecederaan lutut kiri. Demi masa depan kerjayanya yang lebih panjang, kita akan memberi rawatan terbaik kepada dia agar proses penyembuhan berjalan lancar,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Jun Hoong sebelum ini menyumbang satu pingat perak dalam acara tiga meter papan anjal seirama empat tahun lau di Sukan Asian Incheon 2014 ketika bergandingan dengan Ng Yan Yee.

Juara dunia itu juga meraih gangsa dalam acara tiga meter papan anjal individu di temasya yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×