KUALA LUMPUR – Malaysia kehilangan satu lagi prospek pingat emas apabila ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia 2018 di Indonesia, ekoran kecederaan kronik pada lutut kirinya. Juara dunia itu dinasihat oleh Pengarah Bahagian Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN) Dr Arshad Puji untuk berehat daripada menyertai sebarang kejohanan dan juga sesi latihan untuk tempoh antara enam dan sembilan bulan. “Kali pertama lutut saya bengkak…










